[TRAVELOG] Oct 2015 - Seoul : Green Residence, Myeongdong

17:10


Asalnya saya ingat nak stay dekat BonBon Hotel, tapi lepas dia tukar owner dan renovate last year, harganya jadi mahal T_T Jadi lepas cari penginapan area Myeongdong yang berpatutan, saya jumpa Green Residence ni.

Green Residence ni terletak atas citibank sebelah Olive Young Myeongdong flagship store.
Betul-betul tengah Myeongdong.

Saya dapat harga dalam RM100 to RM120 semalam untuk single with ensuite bathroom.

Nampak tak lambang citibank sebelah Olive Young tu?
Ni adalah Olive Young yang besar kat main street Myeongdong tu

Green Residence ni terletak kat Tingkat 17 bangunan citibank ni

Pada saya, Green Residence ini berpatutanlah dengan harga dia.
Kebersihan bilik masih boleh diterima, tak ada rambut ke sampah ke.


Single room with ensuite bathroom

Saya selalu juga tertendang meja tu masa tidur hehe

Ada fridge kecil juga

Apa yang saya suka tentang residence ni:-
1. Lokasi! Residence ni betul-betul tengah Myeongdong jadi kalau tengah shopping rasa barang berat boleh hantar bilik dulu. Hotel ni juga dekat dengan Line 2, Line 4 dan airport bus, 
2. Ada ensuite bilik air
3. Ada common kitchen, boleh masak, guna microwave dekat situ. Juga ada free flow coffee and tea 2 hours.
4. Ada heated water, tapi kalau mandi time peak hour orang mandi, air panas habis cepat.

Apa yang saya mehh tentang residence ni:-
1. Bilik dia kecil! Tapi bila difikirkan balik, berbaloilah dengan harga dia yang semurah tu di tengah Myeongdong kan.
2. Bilik air dia kadang-kadang tak bersih sangat. Tak adalah rambut ke sampah ke, tapi boleh nampak kotoran (tak cukup sental ni!)


~♡~

Akhirnya tamat travelog Seoul saya kali ni, tripnya 3 hari jer tapi berbulan baru nak abis ^^;;
Trip ke Seoul 3 hari ni memang boleh buat lagi next time, cukup-cukup je untuk melepaskan gian nak ke Seoul dan dapatkan stock apa yang patut. Tapi maybe next time saya akan buat Jumaat-Sabtu-Ahad instead of Sabtu-Ahad-Isnin macam kali ni.

Tulis-tulis pasal Seoul ni buat saya tak sabar nak pergi lagi...

You Might Also Like

2 comments

  1. tripnya tiga hari saja ???? ohmaigaaaad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe bila dah gian, dapat sehari je pon tak apa!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~